1/3/12

Sepatutnya

Aku sepatutnya menghadap Law, namun disebabkan aku sudah seperti hantu, aku tahu aku wajar memerlukan hiburan. Yeah hiburan ye wahai Syida, esok paper masih baca baris baris hukum dengan kelajuan kura kura.


Apa yang menjadi masalah adalah bila baca 38 baris ayat, hanya 1 setengah baris yang masuk tersimpan dalam otak, mana lagi 36 setengah baris? Lagi bila nak study cryptog, mesti kena monolog sorang sorang bahawa cryptog adalah the easiest subject in the world walau kebenarannya adalah jauh panggang dari api. Mesti bagi psiko diri sendiri dulu sebelum nak belajar, apakah ini terjadi kepada semua orang atau aku sahaja.


Sesungguhnya aku maha stress dan bila ada ayat penguat maha di situ boleh tahu tahap aku menggelabah gila babi macam mana tapi apesal semua cakap aku kelihatan tidak stress malas boleh bersuka ria di atas katil ketawa ketawa.


bersuka ria di atas katil ketawa ketawa. 
dan
bersuka ria di atas katil ketawa ketawa.

I wish I had more time untuk bersuka ria lagi di hujung hujung exam nak muncul.


Dan semua orang datang cakap pada aku yang mereka stress - kawan kawan, roomate. Tidakkah mereka tahu bahawa aku pun stress. Mungkin sebab aku sudah biasa menjadi kaunselor, dengar apesal itu ini, aku jadi macam haa takpe, jangan stress, relax je, study biar chill. Apa yang sebaliknya adalah aku pun macam mereka cuma bila mereka dah cakap, keluh, ngadu dekat aku takkan aku nak mengeluh, aku pun sama doe, cryptog sumpah macam sial, project dapat half je bla bla bla, takkan aku mahu reply pada mereka macam tu?


Make them feel relieved, hear them out, at least it could make me feel at ease. Hidup dalam satu komuniti kita bukan depends diri sendiri saja, ada masa kita susah sampai dah tak nampak jalan nak bantu diri sendiri, tengoklah mesti ada orang datang tolong kita. Waktu kita senang atau tak susah sangat dan boleh lagi bantu orang, help them. Lend them your ears, eyes and shoulder pun okay, they just need people to hear them out.


Perghh aku sepatutnya masuk kelab pembimbing rakan sebaya sekarang.






1 comment:

syafiqa said...

teringat masa sekolah jadi ahli PRS.
haha rilex syida.exam je ;p
jgn gelabah.ingat apa yg da di ajar da la