1/24/12

Bila yang salah dimenangkan, bila yang mengalah asyik mengalah.


Aku jadi hairan betul dengan sesetengah manusia. Bila susah dicarinya kita, dirayu beri pertolongan. Bila senang, kita cakap elok elok pun ditengking tengking padahal tak ingat langsung ke jasa orang yang tolong dia tu? Aku ni biar hati batu ego tinggi melangit pun, kalau susah, aku sanggup tolong. Aku sanggup je bagi masa untuk dengar apa yang dia tak puas hati, bantu dia bagi duit semua tapi bila dah jadi macam ni aku jadi sakit hati. Sedapnya tengking tengking aku bila aku mintak tolong. Okaylah, tengking aku boleh lagi aku terima. Sebab aku boleh tengking dia balik sebab aku malas nak start catfight. Tapi kalau dia dah start tengking orang yang lahirkan dia tu, memang kurang ajar. Sekurang kurangnya diorang yang tolong kau masa kau susah nak itu ini semua. Bila dah dapat, kau jadi bodoh sombong. Aku dah tak pelik dengan perangai manusia macam kau. Depan orang ramai, depan kawan kawan kau semua kau tunjuk baik dan semuanya anggap kaulah paling maha baik antara semua. Tapi bila dengan orang yang sepatutnya kau hormat kau jadi sombong. Kau jadi lupa diri dan aku tidak hairan kalau suatu hari nanti kalau kau susah kau akan cari balik orang yang pernah kau susahkan.



Dan aku selalu saja mengalah sebab kau. Kalaulah kau tahu bila, kenapa dan mengapa kau mesti akan bersujud bersyukur untuk setiap apa yang semua orang korbankan untuk kau. Aku jadi sakit hati sebab kau. Tak terkira banyaknya aku jadi span yang menyerap semua caci maki kau. Aku tahu hati dan perasaan ni satu benda yang subjektif, tapi kunci hidup masih ada objektif yang pasti. Aku kurang pasti kau tahu atau tidak sebab kau kan baik, feedback dari orang lain tak pernah cakap kau jahat. Mungkin objektif hidup kau adalah untuk lupakan orang orang yang pernah kau rayu mintak tolong sesenang air hujan yang turun lebat, mungkin. Lepas tu depan orang yang tak pernah ada kaitan kau, kau akan jadi umpama orang baik baik yang tak pernah terjangka akan segala ke-bodoh-sombongan kau. Fake.



Supaya aku tidak menjadi orang yang kufur nikmat seperti apa yang berlaku depan aku. Aku mohon supaya Tuhan pelihara diri aku untuk tidak jadi seperti kau.






2 comments:

syafiqakarim said...

paham paham.
belum nak bala mcm tu la rupa.

BENA said...

goncang sikit kepala orang yang tak betol macam tu syida !