1/24/12

Garisan lurus


Kita ini,
walau datang dari arah yang berlainan
tetap tegar berjalan dalam satu garis lurus
untuk meneruskan kesinambungan,
untuk menjadi yang terbaik
untuk kekal di dalam garisan masing masing,
lantas
kita membentuk garisan sendiri yang tak pernah bersilang.


Dan aku tak pernah bayangkan garis itu akan bersilang, sekurang kurangnya.


Untuk satu waktu yang kekok kita jadi benar benar aneh
gurau senda, caci maki jadi pelik dalam perjalanan lurus kita.


Garisan kita bersilang,
rupanya.


Aku lagi senyum bila fikiran nakal mula menerjah,
tak mungkin aku yang sekeji ini mampu bertukar menjadi sempurna untuk dia.