2/8/13

Restoration



Kalau mengikut kalendar pada hari ini kita semua sudah berada lapan hari dalam bulan Februari. Lapan hari aku dah berhenti kerja. Lapan jari jugak aku mengemas rumah. Lebih kepada membuang barang yang sepatutnya sudah dibuang tapi tak terbuang. Well, you know, mak mak kita ni kan suka jadi collector tanpa sedar walaupun freaked out bila tengok rumah bersepah tapi tetap juga nak simpan setangkai bunga ros plastik yang didapatnya dari anak murid sempena hari guru.


Alahai mak. Comel.


Pergi kenduri kahwin confirm akan dapat dapat cenderahati kan. Sebenarnya aku tak suka. Aku tak excited bila aku dapat benda benda macam tuala, frame gambar, cawan, labu sayung, sudu garfu dan macam macam lagi. Aku rasa adalah acceptable kalau dapat kipas sebab boleh kipas tetengah panas. Possibility nak guna balik insyaAllah ada. Lilin, boleh bakar sambil bau lah wangi lilin tu. Tapi aku tak suka jugak sebab nanti pening. Bau perfume, bau febreeze, bau glade, bau humidifier bercampur baur. Aku tak rasa pun lepas balik kenduri kita akan bakar lilin tu. Kita mesti akan, 'Comelnya lilin ni bentuk ros ah!' okay simpan dalam laci. Alaa, tak muat pulak. Okay letak kat almari kaca depan. Nampak situasi ni? Madness.


Kenapa tak boleh bagi makanan? Makanan je. Macam kerepek. Mesti lagi murah dari bekas bekas kaca dan seantaranya. Biskut, kuih bahulu, junk food, sweets & etc. Siapa yang tak suka makan? Aku excited dapat door gift makanan dari kenduri. Kira macam desserts lepas makan heavy. Kalau dah dapat benda benda macam tuala, cawan ape semua tu dah satu hal, serba salah. Nak buang ke nak simpan. Cantik. Tapi dah tak tahu nak letak mana. Pengakhirannya, letak dalam almari sebulan dua, lepas tu ke tong sampah.


Macam mak aku, bila tadi aku mengemas almari yang simpan door gift orang, memang lah akan ke tong sampah akhirnya. Tapi tak sempat. Mak freaked out bila balik tengahhari tengok aku tengah prepare tiga kotak berisi barang barang yang dah tak guna untuk ke tempat sampah. Terus mak asingkan mana yang patut buang and mana yang stay. See the problem here?


Tapi aku faham. Mak is a teacher, hari guru je macam macam dapat hadiah. Unexpected present pun ada. Jadi hadiah hadiah tu ada their own sentimental value lah. Mak kata nanti dia dapat idea kalau tengok barang barang yang dia kumpul tu. Idea kahwin kitorang. Sungguh laaaaaaaaaaa-h tak tahan. Aku dah fikir dulu, aku nak bagi kerepek. Paling paling apam polka. Cewah. Sorry mother. Bagi anakmu, life cycle untuk benda benda tu berada dalam cupboard hanyalah 3 bulan. Lepas tempoh, you will be seeing me throwing things out. Kakaka. Cakap dengan mak macam ni, mampus kena jegil.


Kesimpulannya, bagilah benda yang useful, bagilah benda yang tak menyusahkan orang. Kesannya kena pada anak si penerima hadiah sebab aku yang tukang kemas.





1 comment:

Elya Roza said...

based on experience, I rasa kite back to dulu, which is org bg telor :-). Blik umh leh buat telo msk kicap :-)