4/4/12

The busy-ness





Semester ni semester terakhir aku involve event event kolej/fakulti. Sem depan, sem 7 dah nak pergi internship which is like company yang aku mintak tu dah macam tarik tali kejap nak kejap taknak. Ini memang buat aku geram gila sebab Dr. Iskandar dah push aku suruh pergi cari company lain tapi aku tetap jugak nak tunggu yang ni even aku dah sepatutnya pergi proceed dengan company lain. Masalah betul.


Sem 8 dah busy buat FYP. Lepas ni dah tak boleh involve dengan aktiviti kolej/fakulti. Macam aku baca kat blog Bairo the other day, even orang pandang slack sebab kita asyik aktif, ape ada hal bila banding dengan orang lain yang bercakap tu sebab sekurang-kurangnya ada positifnya aku join benda benda ni. Pelajaran pun lebih teratur sebab tiba tiba pandai mengatur jadual sendiri dengan jayanya. Masa pun dah pandai hargai sebab asal masa terluang je mesti sibuk nak siapkan assignment and study untuk test. Lepas tu tiba tiba jadi brilliant zzz tak, at least ada juga knowledge lain yang di luar skop silibus aku. Takkan lah aku nak mengadap coding, computer 24 jam. Serius bosan. Takpelah masing masing ada opinion masing masing. Tapi aku adalah positif bahawa benda benda ni semua yang gilap soft skills aku before aku bergraduasi nanti.


Bulan lepas busy dengan open block and teater. Bulan ni busy dengan industrial talk, site visit, bengkel Android, game competition and soon final exam. Bulan 5 nak relax boleh fokus untuk projects and final exams. Lepas tu holiday yay.


Okay. I feel much better boleh menulis dengan normal.






No comments: