2/1/12

Tidur

Tidurlah tidur
malam ni bukan kau seorang
yang begini begini.


Tidurlah tidur
tutup matamu
malam ini bukan kau seorang
yang ditinggal sepi
bukan kau seorang yang
memandang bulan dalam pekat malam
bukan kau seorang yang
punya hati yang sesak menahan rasa.


Tidurlah tidur
esok,
suria pagi akan datang menjemput,
membawa cerita gembira
yang amat enak di pendengaran.


Tidurlah tidur
buat mereka yang rasa seorang seorang,
kerana sebenarnya aku juga turut sendiri malam ini.




2 comments:

BENA said...

hamboi syida , ulik dri sdri ker ? hehehe :)

Syida Shu said...

Since dah besar ni takde sape nak ulikkan huwahuwa