1/26/12

Gigi 4


Dah selamat tukar getah gigi. Gembira bila dentist kata gigi aku mendengar kata. Gigi sudah perfect. Takde goyang goyang dah. Aku jadi gembira. Kesakitan kini dibayar dengan gigi yang lurus dan cantik. Dah boleh senyum luas luas walaupun sebenarnya aku rasa pelik jugak kadang tu nak senyum dengan besi.


Tapi bila dia cakap besi dah boleh dicabut dalam masa 2 3 bulan aku jadi sedih pulak. Teringat masa mula mula pakai dulu, mulut rasa penuh, gigi sakit, kalau mulut terhentak dekat meja, salah tidur ke mesti sakitnya sampai ke kepala. Nak berus gigi pun, berus dengan kelajuan minima. Aku jadi sensitif bila orang cubit pipi aku sebab kawan kawan semuanya kaki cubit. Jadi bila diorang cubit pipi dan terkena pada gigi, pergh azab gila. Makan jangan cakap lah. Makan roti sambil celup dalam milo sampai betul betul lembik, terus telan. Takde nak kunyah kunyah. 2 keping roti pagi, 2 keping roti malam. Hasilnya aku jadi kurus sekejap dan sekarang gemuk balik haha. Tapi okaylah, aku survived. Bukan sakit sangat pun. 


Aku ingat aku nak tangguh next appointment tu lambat lambat. Biar pasang lama lama. Tapi ada orang dengki, cakap kalau pakai braces lama lama nanti jadi tetanus. 


Takpe, aku tahan. Nasib baik sayang. Sayang besi, sayang orang yang cakap ada tetanus tu.




3 comments:

BENA said...

wahhh , brape rm ye bab2 gigi ni eh syida ? sebab adik bena pun cam nak pakai2 . tapi xtahu la tuh . huhu :)



cop ! pilih kaler pe untuk besi tuuu ? hee :)

syafiqakarim said...

hahaha.yeke yanggg.kejap je gigi tu da comel.mcm br semalam u post psl nak pilih braces.HAHA.

nak tgk tau apa jadi nanti :D

acanmunie said...

untunglahhh gigi baru lurus tulus mulus lawa :D