1/1/12

2011, goodbye


2011, selamat tinggal.
Dan aku mula menjemput cahaya pagi tahun baru dengan
satu pertanyaan,
"Apa aku patut senaraikan sebagai azam baru?"


***


Jujurnya aku sudah tak ingat apa azam baru sebab setiap kali azam baru dibuat, azam lama seolah dianaktirikan. Tapi aku masih ingat sikit sikit azam awal tahun aku - to be happy.



Aku melihat setiap kali tahun baru dengan perubahan diri sendiri. Setiap kali umur menginjak setiap saat, minit, hari, dan tahun aku selalu pesan pada diri sendiri; jangan jadi lebih teruk, jangan jadi macam dulu, dan never expect more. 2 perkara pertama aku berjaya buat. Sekurang-kurangnya bila banding balik 2 3 tahun lepas aku macam - eh sial betul hidup lama aku. Tapi aku tak menyesal sebab aku tahu buruk baiknya kesannya dan so on. Aku moved on - at least. Dan perkara yang ketiga - ibarat aku sedang memegang satu tangkai ros yang cantik dan aku tahu kesannya jika aku memegang erat bunga duri ini - luka dan sakit.



Paling penting, aku sekarang sudah menjadi pelajar tahun 3, insyaAllah bakal bergraduate tahun hadapan. Hendaknya mahu belajar bersungguh sungguh. Tidak membenci coding dan sentiasa sayangkan cryptography. Amin.







2 comments:

syafiqa said...

haha happy new year syida!
yeay.sama tua nya ;p

si ngokngek said...

happynewyear..
setiap orang akan brhijrah..tutup buku lama,buka buku baru..

tobe happy,happy foreever..