11/10/11

Masa

Aku kini seorang pencuri waktu
berlari lari mencari waktu percuma yang dibuang orang
walau kadang kadang waktu senggang sendiri pun aku masih keliru
masih adakah aku diperlukan di mana mana?
atau masih diperlukah aku di dalam hidup manusia lain?
Masihkah?


Dan dalam tidur yang seringkali senyap di sepertiga malam,
aku tahu ada lagi catatan di dalam otak yang aku tidak penuhkan,
atas sebab ralit dengan agenda lain
atau aku terlintas pandang satu baris penting itu,
gara gara mengejar kesempurnaan
dan masa yang makin lama makin menyusut.


Aku si pencuri waktu kini amat memerlukan masa
mungkin hasil donation dari kau,
boleh bantu aku untuk terus kesinambungan hidup.



1 comment:

syafiqakarim said...

mcm mana pun,jaga diri :)