2/11/12

Bukankah lebih baik kita fokus pada bayi yang dikandung daripada bayi yang telah mati?


Yang mana semasa hayatnya walau pernah kau cium, peluk, ratah figuranya luar dan dalam, adakah lakunya hanya mungkin akan menghadirkan rasa separuh separuh pada bayi yang harum, lebih enak dan segar wajahnya? Tidak! Bayiku ini kini lebih unggul. Ah, ini lagi buat hati kering seolah dilembap dengan tekapan span berjuskan air sejuk. Rasa gundah. Tak semena mena.  



Membanding bayi yang mati dan hidup saja sudah buat aku sesak. Perasaannya seperti disuntik cairan panas ke dalam saraf halus bilus lalu meresap sehingga ke dinding si pengepam. Terus, tuju, tepat. Setiap balas yang aku tapis hanya sebab mahu cuba memberi cerita manis sahaja dan terus, gulanya telah habis rasa manis kerana aku yang terlalu mahu bayi baru aku hidup rasa gembira tanpa fikir yang bukan bukan. Biar aku yang telan kelat pahit pekat. Bayi yang mati itu sudah mati. Mati! Walau segar mana ingatan aku pada bayi yang pernah aku bekukan untuk setiap kekanganku, yang benarnya bayi yang aku kendong ini jauh lebih penting dan bernyawa untuk aku peluk.




Makanya aku mohon, marilah lupakan cerita bayi lama. Aku punya syukur setinggi lapas belas langit kerana bayi harum ini buat aku mahu cium beliau lama lama.








4 comments:

Afendi Othman said...

bayi? huhuhu...bermetafora awak ni

BENA said...

wah ayat syida . mendalam . baca setiap ayat kene paham bebtol. hehehe :)

syafiqakarim said...

hidup terus kan hidup.

Syida Shu said...

AO, metafora = metaphor.

Bena, dalam manaaa ni tsk.

Iqa, yang lepas biarkan mati, yang mati biarkan lepas.