1/6/12

Tidur

Roomate aku adalah sangat penakut. Aku bukanlah berani sangat tapi sekurang kurangnya bila ada orang yang lebih takut dari aku, akan keluar satu hormon protector kononnya dimana aku tak akan biarkan orang tahu yang aku penakut. Sekurang kurangnya roomate aku ni boleh depends pada aku kalau dia takut ke or whatsoever.


Dan kadang kadang takut dia ni sampai aku pun geram sebab dia bila dia terlalu takut, dia akan cepat imaginasi  benda benda takut tu. Aku tahu itu normal untuk takut kena tinggal dalam bilik waktu malam tapi adalah tidak normal bila takut dia waktu tengahari rembang panas membahang. 


Masa aku balik menjawab paper cryptog petang tadi, aku pelik tengok tingkap bilik terbukak luas sebab selalunya tingkap bukak separuh, sebab masing masing tak seksi pulak dalam bilik jadinya kami akan bukak separuh saja. Tapi tadi, tingkap adalah terbuka dengan luas dan roomate aku takde. Lepas dia called aku tanya aku kat mana, tiba tiba dia muncul dengan bantal, dan bila ditanya rupanya dia dekat bilik kawan dia sebab dia takut tinggal sorang. I mean like what? Tengah panas rembang ni takut? Serius rasa nak gelak tapi nak marah pun ada, nak kesian pun ada. 


Ceritanya malam tadi masa aku tidur, aku bercakap cakap dengan dia. Ye, dalam tidur dan like seriously aku tak ingat. Aku mempunyai kepakaran dalam bercakap semasa tidur dan berjalan semasa tidur. Sleepwalking adalah sangat bahaya jadinya, kunci kena simpan dekat tempat lain. Most of the time aku hanya bercakap waktu tidur, ini adalah observation rakan rakan dan roomate dari matrik dan uni. Simptom ni hanya kelihatan bila aku terlampau penat. Sekarang kan musim exam, hidup adalah sangat tidak terurus. Lagi lagi waktu tidur dah kemana mana larinya. Okay sambung balik dekat kondisi roomate, dia boleh cakap yang aku dirasuk sewaktu bercakap dengannya. This-is-funny. 


Apa yang aku buat? Ketawa sebab macam aku cakap tadi, dia dah terlampau banyak imagine and apa yang dia imagine tu adalah the worst things ever. Takdenya nak imagine benda yang positive sikit. Aku ialah sangat marah sebab you know how mind works kan. Kita mesti akan imagine benda tu mengikut kepercayaan dan kefahaman diri kita. Bukan mengikut realiti sebenar. Senang cerita we want to believe what we want to believe.


Bila aku dah start brainwash balik barulah dia macam haa okay lah sikit. Jangan dia taknak tidur dalam gelap lagi sudah cause I pity my skin cells that need to develop their new cells and I pity myself too because I need my beauty sleep. 






No comments: